"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Friday, July 15, 2011

~~Tika Azan Berkumandang~~


Antara kerenah anak aku yang tidak mungkin aku lupakan adalah ketika azan berkumandang. Di dalam rahim aku, anak aku akan lakukan tendangan atau pun gerakan secara perlahan, seolah-olah meminta aku menunaikan solat dengan segera. Semakin lewat aku belum menunaikannya, semakin kuat tendangan atau gerakan yang dilakukan oleh anak aku, sehingga aku sendiri dikalahkan olehnya. Selesai sahaja aku bersolat, barulah anak aku berhenti dari segala perbuatan yang dilakukannya.

Kadang kala, aku dapat merasakan sifat dan kelakuannya tidak ubah seperti abahnya. Selagi aku belum tunaikan solat, selagi itulah suamiku akan membebel kepada aku. Daripada situlah aku dapat melihat persamaan antara mereka. Bila aku memberitahu suami aku perihal tersebut, katanya, "Apabila roh ditiupkan ke dalam jasad seseorang manusia, maka manusia itu telah berjanji akan menunaikan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sebab itulah Azizi nak tunaikan tanggungjawab dia melalui ibunya". Aku pulak, buat muka poyo je bila dengar suamiku berkhutbah.

Aku cuba membayangkan, andai anak ku dipanjangkan umurnya, pasti dia merupakan seorang hamba Allah yang taat dan setia. Insyaallah. Itulah yang aku sentiasa harapkan. Tapi.....itu hanyalah khayalan semata-mata kerana takdirnya tidak sebegitu. Allah sangat sayangkannya.......Allah sangat sayangkan anak mama......

No comments:

Post a Comment