"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Monday, July 4, 2011

~~Aku Bingung~~

Suami aku cuba mendapatkan seberapa maklumat tentang hukum hakam menggugurkan janin daripada rakan-rakannya yang mengetahui. Kata mereka, sekiranya bayi yang dikandung itu mempunyai kecacatan yang serius dan dijangka akan meninggal dunia, pengguguran dibolehkan. Walaupun jawapan telah ditemukan, tetapi aku masih ragu-ragu. Bukannya meragui jawapan dari rakan seangkatan suamiku, tetapi ragu kepada diri aku sendiri kerana kasih pada anak aku. Begitu juga suamiku yang mengharapkan aku meneruskan kandungan. Katanya, sekurang-kurangnya anak kami meninggalkan tanda yang dia pernah hadir dalam hidup kami. Serta merta mata aku digenangi air. Oh.....betapa sukarnya nak buat keputusan.

Ketika suamiku ke kediaman ibunya atas suatu urusan, ibu mertuaku menyatakan hasrat untuk menjaga anakanda kami setelah ia dilahirkan kelak. Dan suamiku menjawab, "Tak perlulah mak". Timbul rasa kehairanan dihati ibu apabila melihat reaksi suami aku yang seolah-olah endah tak endah sahaja. Akhirnya, suamiku menceritakan apa yang telah berlaku. Ibu mertuaku hanya mampu mengalirkan air mata tatkala menerima berita yang menimpa kami.

Aku meminta khidmat nasihat daripada kedua orang tua aku mengenai perihal apakah keputusan yang harus aku buat. Gugur.....atau teruskan. Aku tahu, ibubapa aku sangat bimbang dengan keselamatan aku. Tak perlu mereka nyatakan pun, aku dah dapat agak apa yang tersirat dihati mereka. Semuanya terpancar diwajah masing-masing. Aku je yang buat tak tahu. Terus mempamerkan wajah yang ceria tanpa sekelumit rasa kebimbangan. Aku buat macam tu, sebab aku tak nak mak dan ayah aku bertambah risau. Akhirnya, ibubapa aku meminta aku menggugurkan kandungan demi keselamatan aku. Acapkali mereka meminta aku mengikuti nasihat mereka. Almaklumlah, ibubapa mana yang sanggup melihat anak mereka pergi dahulu sebelum mereka.

Aku bertambah kebingungan. Aku cuba tenangkan diri agar dapat membuat keputusan yang sewajarnya dalam masa terdekat ini. Apakah keputusan yang akan aku ambil? Aku sendiri tidak pasti......

No comments:

Post a Comment