"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Sunday, July 3, 2011

~~Appointment di Klinik Pakar, HUS~~

Aku ke klinik pakar di HUS pada petang itu mengikut temujanji yang telah dijadualkan. Masuk sahaja ke bilik pemeriksaan, doktor terus sahaja memulakan tugasnya. Menggunakan ultrasound yang berimejkan 3D, beliau memerhati keadaan bayiku dengan begitu teliti. Tujuannya adalah untuk memberikan pengesahan bahawa anakandaku ANENCEPHALY sebelum membuat prosedur untuk rawatan yang seterusnya. Kemudian, beliau mengisi suatu borang dan menulis semua maklumat yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukannya ke atas kandungan aku.

Dr: "Awak ada 2 pilihan sama ada TOP ataupun Conservative. Kita mencadangkan agar anda menamatkan sahaja kandungan sementara janin masih kecil. Kalau janin tu dah besar, susah hendak digugurkan. Kalau diteruskan pun, tak berguna. Sebab dia takkan hidup. Kalau anda setuju, saya akan rekomen anda masuk wad. Macam mana?"

Aku: "Kalau kami nak teruskan, boleh tak? Membahayakan nyawa saya tak?"

Dr: "Ianya tidak membahayakan awak. Tapi, seperti yang telah saya maklumkan tadi, anak awak takkan hidup. Paling lama pun hanya 2 hingga 3 hari sahaja"

Aku: "Doktor.....Biar kami fikir dan bincang dulu."

Dr: "Baiklah. Tapi jangan ambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Kalau awak bersetuju untuk melaksanakan TOP, awak pergi semula ke DayCare ward untuk buat appointment. Okay?"

Aku: "Baiklah."

Aku dan suamiku pulang ke rumah. Kami saling berpandangan, tapi dengan pandangan yang kosong. Kami masih belum membuat sebarang keputusan apatah lagi nak berbincang tentang perkara sedemikian. Aku pula memang tak nak fikir pun pasal perkara tadi tu. Aku bingung sangat. Keputusan apakah yang terbaik bagi aku dan anak aku? Apakah hukumnya menggugurkan janin yang mempunyai masalah seperti bayiku? Sanggup ke aku nak buat macam tu? Sanggup ke?.....

***TOP - Termination Of Pregnancy, Conservative - Continue With Pregnancy Until Full Term     

No comments:

Post a Comment