"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Sunday, July 17, 2011

~~Klinik Gita~~

Aku pergi ke klinik gita adalah untuk menjalani rutin biasa yang dilakukan ke atas ibu-ibu mengandung. Aku ke sana atas permintaan jururawat di klinik tersebut kerana aku terlepas beberapa kali temujanji dengan mereka. Itupun bukan nya aku sengaja tidak hadir ke temujanji tersebut. Pada masa itu, aku dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani rawatan. Sebelum aku di benarkan keluar dari wad, doktor pakar aku kata, tak perlu lagi ke klinik untuk rawatan susulan. Just proceed je di Gynae Clinic. Aku ikut je cakap doktor. Sampailah suatu hari aku menerima panggilan daripada jururawat yang bertugas di klinik gita memberitahu aku supaya hadir ke tempat mereka dengan kadar segera.

Setelah tiba giliran aku untuk diperiksa, jururawat bertanya kepada aku sebab musabab aku tidak hadir ke temujanji sebelumnya. Tanpa banyak cakap, aku terus je bagi buku pink aku kepada jururawat tersebut. 2 hingga ke 3 kali jugak dia pandang ke arah aku. "Oh.......sabar ye dik. Adik tahu kan tentang keadaan bayi adik? Apa chances dia untuk hidup dan macam mana keadaan dia selepas lahir?", jururawat tu pandang aku dengan wajah kasihan. "Saya tahu", aku tersenyum je. "Tapi, walau macam mana pun keadaan dia, adik tak boleh lah tak datang ke temujanji di klinik gita. Kalau buat check up kat gynae clinic, dia orang tak bagi ubat pun pada adik. Di sini, walau macam mana pun keadaan bayi, kita treat bayi tu sama seperti bayi normal yang lain". Aku angguk je. "Ok......ni ubat adik kena makan macam biasa dan......adik kena redha ye. Jangan stress sangat. Mungkin ada hikmah disebaliknya". Aku angguk je. "Terima kasih nurse".

No comments:

Post a Comment