"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Wednesday, July 13, 2011

~~Aku Enjoy Dengan Kehamilan Ku~~

Ramai di antara rakan-rakan yang aku kenali, mudah sungguh dia orang hamil. Tapi aku, perlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan zuriat daripada darah daging sendiri. Apatah lagi, anak yang aku kandung, hayatnya tidak akan panjang kerana masalah yang dihidapi olehnya. Jadi, oleh kerana aku tidak mempunyai kesempatan seperti yang rakan-rakan aku perolehi, inilah masanya untuk aku menikmati saat-saat kehamilan aku. Segala kasih sayang dan rasa keibuan yang aku ada, aku curahkan buat anak aku. Apa yang aku rasa nak buat, aku akan buat selagi tidak bercanggah dengan hukum agama.

Ada suatu ketika, aku teringin sangat nak makan buah durian dan buah rambutan kampung. Masa tu, buah durian harganya sebiji hampir mencecah RM30.00 dan harga sebiji buah rambutan adalah RM0.50. Kerana keinginan aku yang amat sangat tu, suami aku sanggup mencari buah durian sampai ke Pasir Pandak. Nasib baik jugaklah dia jumpa dan dia belikan aku 3 biji buah durian. Habis semua aku bedal. Ayah dan ibu aku pulak, pergi sampai ke Serian semata-mata nak carikan aku buah rambutan. Dapatlah jugak 5 biji buah rambutan. Semua aku ganyang. Tak main kongsi-kongsi dah. Buah cempedak pun aku nak. Aku beli dengan harga RM7.00 di Pasar Minggu Satok. Dapat 8 biji je buahnya.

Habis je gian makan buah-buahan tempatan, aku gian pulak makan cencaluk. Cencaluk + cili besar + nasi panas = menjilat jari. Sampai 2 pinggan aku makan sekali aku duduk. Air minuman aku semestinya air horlick pada waktu pagi dan malamnya air kopi.

Bila masuk tidur, aku mesti pasang lagu nasyid. Bukan aku yang dengar, tapi aku bagi baby aku yang dengar. Aku pasang headphone kat perut aku. Waktu itulah adalah waktu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila di mana anak aku akan memberikan tindakbalas untuk setiap lagu yang aku mainkan untuknya. Seolah-olah aku tahu pulak, lagu mana yang dia suka dan lagu mana yang dia tak suka. Kalau dia tendang sampai aku rasa sakit, maksudnya tak sukalah tu. Kalau dia gerak dalam keadaan perlahan, dia suka lagu tu kot?

Macam mana pulak reaksi anak aku setiap kali azan berkumandang?.............

1 comment:

  1. menangis saya membaca coretan puan..moga dipermudahkan mendapat chaya mata

    ReplyDelete