"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Sunday, August 21, 2011

~~Dewan Bersalin~~

Aku ditempatkan di bilik bersalin yang paling hujung sekali kerana hanya bilik itu sahaja yang masih kosong. Sementara menunggu, aku melihat beberapa orang jururawat sedang meneliti rekod aku dan aku curi-curi dengar apa yang sedang mereka bualkan. Antara percakapan mereka yang aku dapat tangkap adalah, mereka mengatakan bahawa aku adalah pesakit yang hamil baby anencephaly. Dan tambahan lagi, anak aku premature. Mereka kelihatan tak tentu arah dan keadaan dalam bilik aku tu agak kelam kabut sedikit. Jururawat tadi asyik keluar masuk dari bilik aku. Kemudian, mereka pindahkan aku ke bilik bersalin yang paling hadapan. Katanya mudah untuk aku dipantau sebab doktor memang lalu lalang di hadapan bilik tersebut.

Di bilik bersalin tu, jururawat memeriksa bukaan rahim aku. Katanya aku dah boleh meneran waktu tu sebab bukaan sudah mencecah 10cm. So, mereka pun ajar aku posisi yang sesuai untuk melahirkan. Pelbagai nasihat mereka berikan kepada aku. Apabila mereka meminta aku meneran, aku tidak patuh pada arahan mereka. Mereka pun hairan dan bertanya pada aku. "Mengapa akak tak teran?". "Macam manalah saya nak teran. Pertama, sakit nak bersalin tu semakin hilang. Kedua, tenaga saya boleh berkurangan kalau buat posisi macam ni. Ketiga, saya tak tahu teknik meneran". "Ha? Akak tak rasa sakit nak bersalin ke?". "Ya". Aku menjawab. "Oh....kalau macam tu, kalau akak rasa sakit, akak bagitau kami ye?". "Baiklah. Adik, saya nak tanya. Boleh ke kalau husband akak temankan akak kat sini?". "Boleh. Suruh dia daftar kat kaunter depan dewan bersalin". "Ok. Terima kasih". Aku pun terus capai tepon dan hubungi suami aku. Waktu tu kalau tak silap aku dah pukul 4.30 pagi rasanya. Dalam pukul 5.30 pagi, suami aku telah pun berada di dalam bilik aku ditempatkan. Sampai pukul 6.30 pagi. Sakit bersalin tu langsung aku tak rasa dah. Sempat tertidur aku dibuatnya. Husband aku dah susah hati. So, aku pun suruh dia pergi kerja dan aku akan maklumkan kepadanya sebaik sahaja aku dah bersalin kelak.

Monday, August 15, 2011

~~Sakit Bersalin~~

Kali ni, doktor menjalankan prosedur induce ke atas aku buat kali kedua sejak aku dimasukkan ke wad setelah cubaan kali pertama gagal. Ubat induce itu dimasukkan ke rahim aku sebanyak 2 kali iaitu pada jam 9 pagi dan 3 petang. Pada mulanya kesakitan itu tidak dirasai. Tetapi apabila jam menunjukkan pukul 6.30 petang, sakit tersebut semakin menjadi-jadi sehinggalah jam 11 malam. Apabila doktor memeriksa bukaan rahim aku, hanya 2 cm bukaan sahaja. Jururawat yang lalu lalang di katil aku selalu bertanya pada aku. "Sakit sangat ke adik? Kalau sakit, bagitau akak. Nanti, akak suntik ubat tahan sakit. Adik jangan risau ye. Akak percaya, mudah je adik bersalin nanti. Sebab adik redha dengan keadaan anak adik. Percayalah cakap akak". Aku hanya mendengar dan menganggukkan kepala. "Terima kasih ye nurse". Bila aku dengar je perkataan suntikan, mak ai.......aku lebih rela tahan sakit ni daripada aku kena cucuk. Inilah masanya untuk aku merasa sakit sebenar bersalin. Aku nak lihat sejauh mana aku dapat tahan. Dan aku yakin......Allah takkan turunkan kesakitan diluar ketahanan diri seseorang itu. Alhamdulillah. So far, aku masih mampu bertahan. Dan......aku juga berharap semoga kata-kata akak tu adalah benar.

Tepat jam 11 malam. Aku diminta oleh jururawat untuk menelan sebiji pil antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada rahim aku. Tetiba je aku teringat akan air selusuh yang dibekalkan oleh ibu aku buat aku. Katanya untuk membantu mempercepatkan lagi bukaan rahim dan melancarkan proses persalinan. Apa-apa pun, bagi aku itu adalah suatu ikhtiar. Aku meneguk air tersebut 1 per 4 daripada air yang dibekalkan. Sejam lepas tu, aku rasa seolah-olah kepala bayi seperti sudah berada di pangkal rahim aku. Kerana risau dan hairan, aku berjalan pergi menemui doktor yang bertugas pada malam itu. Segala rasa sakit yang aku rasai tadi serta merta hilang. Bila aku maklumkan kepada doktor tentang apa yang aku rasa, dia menganggap aku bergurau dan mengarahkan aku ke bilik pemeriksaan. Hampir 30 minit aku tunggu, barulah doktor tu muncul. Belum sampai seminit jarinya memeriksa bukaan rahim aku, tiba-tiba doktor tu melompat dengan wajah terkejut. Terus sahaja dia memanggil salah seorang jururawat yang berdekatan dari bilik pemeriksaan tersebut dan memintanya membawa aku ke dewan bersalin. Katanya rahim aku dah terbuka sebanyak 9 cm. "Akak jangan teran dulu ye. Tunggu sampai ke dewan bersalin". Aku tertanya-tanya dalam hati. "Jangan teran dulu? Aku tak rasa nak teran pun". Dengan wajah yang ceria aku ditolak masuk ke dewan bersalin menggunakan kerusi roda.

Azizi.............mama akan terima diriMu seadanya..........

Tuesday, August 2, 2011

~~Sehari Sebelum Ramadhan~~

Dua hari yang lepas, satu hari sebelum ramadhan, aku menziarahi pusara anakandaKu bersama suami. Ketika itu, keadaan kenderaan yang menuju ke Tanah Perkuburan Islam di Semariang begitu sesak sekali. Masing-masing berkunjung ke pusara ahli keluarga mereka. Tatkala itu, hati aku berasa sayu dan syahdu. Sayunya pabila melihat perginya ahli keluarga yang tersayang dan syahdunya pabila memandang sekeliling yang dipenuhi saudara sesama islam mengaminkan doa untuk ahli keluarga yang telah tiada. Sana sini pelbagai jenis bunga-bungaan ditaburkan ke atas pusara yang tersayang.

Aku juga tidak ketinggalan. Aku juga menghadiahkan Al-Fatihah buat anakandaKu yang amat aku sayangi dan rindui. Terdetik dihati aku........rasa ingin aku bawa pulang pusaranya bersama aku. Agar aku boleh melihatnya setiap saat dan waktu. "Ya Allah, Kau bahagiakanlah anakKu di sana. Temanilah dia agar sentiasa berada disisiMu. Jangan Kau biarkan anakku kesunyian. Mohon Kau tuntunlah tangannya tatkala dia memerlukan. Hanya padaMu aku bermohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau maha pengasih, lagi maha penyayang. Amin."

~~Induce Lagi~~

Menurut kata doktor, ubat induce yang dia org nak masukkan, adalah ubat yang tak berapa nak kuat sangat. Dia orang bagi sebagai permulaan je dulu. Maner lah tahu aku akan terus sakit lepas prosedur tu. Pada jam 9 pagi mereka masukkan. Namun, setelah hampir jam 3 petang, tiada sebarang sakit nak bersalin pun yang aku rasai. Memang tak der langsung.

Bila nurse tanya pada aku, "Ada rasa sakit tak adik?". Aku hanya menggelengkan kepala tanda tiada sebarang perubahan pun yang aku rasai. Tiba pula masa doktor membuat lawatan, mereka mencadangkan untuk masukkan ubat yang agak kuat berbanding sebelumnya untuk keesokkan harinya pula. Tak tahulah pulak aku macam mana rasanya nanti.

Sementara aku masih mempunyai kesempatan, sekali sekala aku akan berkomunikasi dengan anak aku. Aku harap anakKu akan mendengar dan merasai kasihnya aku padanya.

"Azizi sayang, mama sayang sangat dengan awak. Harap Azizi pun macam mama jugak."