"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Sunday, August 21, 2011

~~Dewan Bersalin~~

Aku ditempatkan di bilik bersalin yang paling hujung sekali kerana hanya bilik itu sahaja yang masih kosong. Sementara menunggu, aku melihat beberapa orang jururawat sedang meneliti rekod aku dan aku curi-curi dengar apa yang sedang mereka bualkan. Antara percakapan mereka yang aku dapat tangkap adalah, mereka mengatakan bahawa aku adalah pesakit yang hamil baby anencephaly. Dan tambahan lagi, anak aku premature. Mereka kelihatan tak tentu arah dan keadaan dalam bilik aku tu agak kelam kabut sedikit. Jururawat tadi asyik keluar masuk dari bilik aku. Kemudian, mereka pindahkan aku ke bilik bersalin yang paling hadapan. Katanya mudah untuk aku dipantau sebab doktor memang lalu lalang di hadapan bilik tersebut.

Di bilik bersalin tu, jururawat memeriksa bukaan rahim aku. Katanya aku dah boleh meneran waktu tu sebab bukaan sudah mencecah 10cm. So, mereka pun ajar aku posisi yang sesuai untuk melahirkan. Pelbagai nasihat mereka berikan kepada aku. Apabila mereka meminta aku meneran, aku tidak patuh pada arahan mereka. Mereka pun hairan dan bertanya pada aku. "Mengapa akak tak teran?". "Macam manalah saya nak teran. Pertama, sakit nak bersalin tu semakin hilang. Kedua, tenaga saya boleh berkurangan kalau buat posisi macam ni. Ketiga, saya tak tahu teknik meneran". "Ha? Akak tak rasa sakit nak bersalin ke?". "Ya". Aku menjawab. "Oh....kalau macam tu, kalau akak rasa sakit, akak bagitau kami ye?". "Baiklah. Adik, saya nak tanya. Boleh ke kalau husband akak temankan akak kat sini?". "Boleh. Suruh dia daftar kat kaunter depan dewan bersalin". "Ok. Terima kasih". Aku pun terus capai tepon dan hubungi suami aku. Waktu tu kalau tak silap aku dah pukul 4.30 pagi rasanya. Dalam pukul 5.30 pagi, suami aku telah pun berada di dalam bilik aku ditempatkan. Sampai pukul 6.30 pagi. Sakit bersalin tu langsung aku tak rasa dah. Sempat tertidur aku dibuatnya. Husband aku dah susah hati. So, aku pun suruh dia pergi kerja dan aku akan maklumkan kepadanya sebaik sahaja aku dah bersalin kelak.

No comments:

Post a Comment