"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Tuesday, August 2, 2011

~~Sehari Sebelum Ramadhan~~

Dua hari yang lepas, satu hari sebelum ramadhan, aku menziarahi pusara anakandaKu bersama suami. Ketika itu, keadaan kenderaan yang menuju ke Tanah Perkuburan Islam di Semariang begitu sesak sekali. Masing-masing berkunjung ke pusara ahli keluarga mereka. Tatkala itu, hati aku berasa sayu dan syahdu. Sayunya pabila melihat perginya ahli keluarga yang tersayang dan syahdunya pabila memandang sekeliling yang dipenuhi saudara sesama islam mengaminkan doa untuk ahli keluarga yang telah tiada. Sana sini pelbagai jenis bunga-bungaan ditaburkan ke atas pusara yang tersayang.

Aku juga tidak ketinggalan. Aku juga menghadiahkan Al-Fatihah buat anakandaKu yang amat aku sayangi dan rindui. Terdetik dihati aku........rasa ingin aku bawa pulang pusaranya bersama aku. Agar aku boleh melihatnya setiap saat dan waktu. "Ya Allah, Kau bahagiakanlah anakKu di sana. Temanilah dia agar sentiasa berada disisiMu. Jangan Kau biarkan anakku kesunyian. Mohon Kau tuntunlah tangannya tatkala dia memerlukan. Hanya padaMu aku bermohon pertolongan. Sesungguhnya Engkau maha pengasih, lagi maha penyayang. Amin."

No comments:

Post a Comment