"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Friday, July 29, 2011

~~Kena Admit Di HUS~~

Aku memberitahu kepada doktor yang memeriksa aku bahawa aku nak pulang semula ke rumah jika keadaan aku stabil. Tapi malangnya, doktor tidak membenarkan aku pulang. Sebaliknya meminta aku register masuk wad sebab air ketuban aku dah berkurangan dalam rahim aku. So, aku pun ikut je lah kata doktor.

Sambil doktor tu sedang meneliti sesuatu kat ultrasound tu, aku pun tanya pasal opsyen melahirkan. Aku sebenarnya nak mintak c-section sebab aku tak sampai hati nak lihat anak aku menderita dek tekanan yang akan berlaku di bahagian kepala jika aku lahirkan dengan cara yang biasa. Dan you all nak tahu apa yang doktor aku katakan kepada aku? "Kenapa awak nak selamatkan baby yang akan mati?". Rasa nak tercabut jantung aku bila mendengarnya. Sampainya hati doktor tu cakap macam tu kat aku. Mesti anak aku pun terdengar jugak apa yang dikatakan oleh doktor tu. Mesti anak aku sedih. Lepas tu, aku diam je. Malas lah aku nak bertekak dengan doktor tu.

Dari jam 8.00 pagi sampai 12.30 tengah hari aku tunggu katil kosong kat wad bersalin untuk di admit. Punyalah lama. Ramai gak orang yang nak beranak hari tu tunggu giliran. Hubby aku terpaksa batalkan semua urusan dia kat sekolah untuk temankan aku kat HUS. Ayah aku pun ada datang sekali temankan aku kat situ.

Bila urusan aku dah selesai, aku pun suruhlah ayah dan suami aku balik dulu rehatkan badan. Waktu melawat nanti, boleh jenguk aku lagi. Doktor pakar pulak, cakap kat aku, dia orang akan tengok aku dulu macam mana. Kalau aku tak bersalin jugak pada waktu tu, dia orang akan induce aku pada keesokkan harinya.

Monday, July 25, 2011

~~Air Ketuban~~

Hampir menjelang subuh..........tiba-tiba je aku rasa macam ada cecair yang keluar membasahi underwear aku. Mula-mula aku ingat aku nak buang air. Jadi, aku pun ke bilik air dengan segera. Macam biasa, aku akan bersihkan dulu toilet sebelum aku gunakannya. Tetiba aku terlihat titisan darah berwarna pink. Aku ingatkan darah siapa. Rupa-rupanya darah aku. Itu pun aku baru perasan bila aku tengok underwear aku penuh dengan darah warna pink. Terus jer aku kejutkan suami aku dan aku maklumkan kepadanya berkenaan dengan perkara tersebut. Suami aku tengah mamai waktu tu. Kesian dier. Aku terus telefon mak aku. Tapi, adik aku yang jawab, "Ko pegi labor ward kat tingkat 4 bangunan lama. Ko register kat situ. Jangan lupa bawak IC dan Sijil Kawen ko sekali". Bila aku dah dapat info tu, aku dan suami pun bergegas ke HUS. Aku sambar je ape yang patut waktu tu.

Selepas je aku daftar di kaunter wad bersalin, aku diminta untuk menunggu bagi pemeriksaan lanjut. Waktu tu, macam-macam kerenah manusia aku lihat. Dan yang aku paling tak lupa, terdapat salah seorang pesakit yang menangis agak kuat jugaklah sebab tengah tahan sakit nak bersalin. Dalam hati aku, "Mak ai.......macam tu ke orang sakit nak bersalin?". Berdebar-debar jugak hati aku dibuatnya.

Sampai je giliran aku diperiksa, first sekali doktor check jantung baby. Then, periksa air ketuban aku menggunakan suatu alat yang tak pernah aku lihat sebelum ni. Lepas tu, dia scan rahim aku untuk lihat sama ada air ketuban aku berkurangan atau tidak. Aku berharap semoga air ketuban aku masih mencukupi. Aku tak nak lahirkan dia dulu. Aku belum rasa puas untuk bersama dengan anak aku. Ya Allah.......tolonglah aku. Berikanlah aku masa, Ya Allah. Tolonglah..............

Saturday, July 23, 2011

~~Happy 2nd Months Birthday, Kesayangan Mama~~

Hari ni genap 2 bulan anak aku dilahirkan ke dunia. Bermakna esok, genap 2 bulan juga lah anak aku menyahut panggilan illahi. Rasa macam terlalu lama aku tidak melihatnya, walaupun baru je 2 bulan Allah memisahkan kami.

Salah seorang teman sekerja aku pernah mengatakan kepada aku, bahawa aku tak kan terasa sangat akan kehilangan anak. Sebab aku belum bersamanya dalam tempoh yang lama. Hmmm......itu cakap dia. Tapi bagi aku, kehilangan anak yang dah lama aku tunggu dan dambakan, pemergiannya amat aku rasai sehingga kini. Rindu aku kepadanya semakin menggunung tinggi sehinggakan kadang-kadang aku tak dapat bendung rasa kerinduan dihati. Acapkali air mata aku mengalir ke pipi tanpa diundang. Betapa sedihnya hati aku bila memandang ke arah orang lain yang mengendong anak masing-masing. Tapi aku...............bila aku lihat tangan aku sendiri, ianya kosong...................tetap kosong.

Betapa aku sangat berusaha untuk memilikinya. Aku sanggup melakukan sebarang jenis pemeriksaan untuk memastikan usaha aku tidak sia-sia. Tapi yang berlaku....................aku tahu ini ujian Allah malahan aku dah pun meredhainya. Pasti ada diantara anda yang mengerti perasaan aku di saat ini.

Apa-apa pun, aku tahu. Anak aku bahagia di sana.........di sisi penciptanya. Al-Fatihah untuk anak mama. Sampai kita berjumpa di sana kelak. Amin..............

Friday, July 22, 2011

~~FotoMu Mama Cium~~

Pada malam tu, suami aku sedang mengemas-ngemas drawer di bahagian ruang tamu. Jadi, dia pun terjumpa semua gambar-gambar scanning kandungan aku. So, aku pun ambil dan simpan dalam album. Aku susun setiap gambar tu mengikut turutan tarikh nya. Daripada gambar 6 minggu hingga ke 18 minggu. Tentu you all hairan kan? Nape lepas tu aku tak buat ultrasound lagi. Bukannya sebab aku takut atau pun ngeri. Tetapi, hati aku akan jadi sedih dan sayu kalau aku tengok dia dalam rahim aku. Waktu tu, aku belum dapat menerima hakikat keadaan dia sepenuhnya. Aku masih lagi menaruh harapan yang tinggi agar ia menjadi sebaliknya.

Sedang aku susun gambar-gambar tu, aku bagitau suami aku yang aku nak buat scanning bila kandungan hampir mencecah 9 bulan kelak. Aku nak buat scan 3D dan aku nak cetak besar-besar. Bolehlah buat tatapan untuk melepaskan rindu kelak bila anak aku dah tak ada di dunia ni nanti. Selesai je keje aku, aku cium satu persatu gambar anak aku. Entah kenapa jantung aku berdegup kencang dan hati aku rasa tak keruan. Seolah-olah, masa yang tinggal untuk aku bersama anak aku semakin singkat. Walhal aku masih ada 7 minggu lagi untuk due.

Ya Allah......kenapa ni. Apa pulak dugaan yang hendak Kau berikan kepada aku kali ni. Aku mohon kepadaMu, Ya Allah. Kau panjangkanlah waktu buat kami. Moga Kau perkenankannya, Ya Allah. Amin.....

Monday, July 18, 2011

~~Pergerakan Bayi~~

Sejak aku balik dari klinik gita hari tu, aku mula mengira jumlah pergerakan bayi aku mulai jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam. Jururawat kata, menerusi jumlah pergerakan tersebut, kita boleh mengesan sama ada bayi kita aktif atau lemah. Adik aku pernah kembali semula ke klinik jawa, gara-gara pergerakan bayinya kurang daripada 10 kali pergerakan dalam tempoh 12 jam. Rupa-rupanya, anaknya malas hendak bergerak. Terbahak-bahak aku ketawa bila aku mendengar ceritanya.

Bayi aku amatlah aktif. Belum sampai 3 jam, pergerakannya telah melebihi 10 kali pergerakan. Ish ish ish, memang sangat aktif. Kadang-kadang sampai tak selesa pula aku rasa. Tak pelah......asalkan anak aku still alive dan masih bersama aku.

Tapi.......aku tak faham, kenapa hati aku berdebar-debar dan perasaan aku tak tentu arah bila aku dapati pergerakan anak aku semakin hari semakin kerap. Kalau difikirkan secara logik, baguslah kalau macam tu. Maknanya anak aku aktif. Tak ada aper yang perlu aku risaukan. Aku pulak, lain macam rasanya.

Setiap kali aku masuk tidur sebelah malamnya, tetiba je airmata aku mengalir. Bukannya sikit, tapi macam orang menangis, terutama bila aku mengenangkan pasal anak aku. Arghhhh......stress nya aku. Kenapalah dengan aku ni................

Sunday, July 17, 2011

~~Klinik Gita~~

Aku pergi ke klinik gita adalah untuk menjalani rutin biasa yang dilakukan ke atas ibu-ibu mengandung. Aku ke sana atas permintaan jururawat di klinik tersebut kerana aku terlepas beberapa kali temujanji dengan mereka. Itupun bukan nya aku sengaja tidak hadir ke temujanji tersebut. Pada masa itu, aku dimasukkan ke dalam hospital untuk menjalani rawatan. Sebelum aku di benarkan keluar dari wad, doktor pakar aku kata, tak perlu lagi ke klinik untuk rawatan susulan. Just proceed je di Gynae Clinic. Aku ikut je cakap doktor. Sampailah suatu hari aku menerima panggilan daripada jururawat yang bertugas di klinik gita memberitahu aku supaya hadir ke tempat mereka dengan kadar segera.

Setelah tiba giliran aku untuk diperiksa, jururawat bertanya kepada aku sebab musabab aku tidak hadir ke temujanji sebelumnya. Tanpa banyak cakap, aku terus je bagi buku pink aku kepada jururawat tersebut. 2 hingga ke 3 kali jugak dia pandang ke arah aku. "Oh.......sabar ye dik. Adik tahu kan tentang keadaan bayi adik? Apa chances dia untuk hidup dan macam mana keadaan dia selepas lahir?", jururawat tu pandang aku dengan wajah kasihan. "Saya tahu", aku tersenyum je. "Tapi, walau macam mana pun keadaan dia, adik tak boleh lah tak datang ke temujanji di klinik gita. Kalau buat check up kat gynae clinic, dia orang tak bagi ubat pun pada adik. Di sini, walau macam mana pun keadaan bayi, kita treat bayi tu sama seperti bayi normal yang lain". Aku angguk je. "Ok......ni ubat adik kena makan macam biasa dan......adik kena redha ye. Jangan stress sangat. Mungkin ada hikmah disebaliknya". Aku angguk je. "Terima kasih nurse".

Friday, July 15, 2011

~~Tika Azan Berkumandang~~


Antara kerenah anak aku yang tidak mungkin aku lupakan adalah ketika azan berkumandang. Di dalam rahim aku, anak aku akan lakukan tendangan atau pun gerakan secara perlahan, seolah-olah meminta aku menunaikan solat dengan segera. Semakin lewat aku belum menunaikannya, semakin kuat tendangan atau gerakan yang dilakukan oleh anak aku, sehingga aku sendiri dikalahkan olehnya. Selesai sahaja aku bersolat, barulah anak aku berhenti dari segala perbuatan yang dilakukannya.

Kadang kala, aku dapat merasakan sifat dan kelakuannya tidak ubah seperti abahnya. Selagi aku belum tunaikan solat, selagi itulah suamiku akan membebel kepada aku. Daripada situlah aku dapat melihat persamaan antara mereka. Bila aku memberitahu suami aku perihal tersebut, katanya, "Apabila roh ditiupkan ke dalam jasad seseorang manusia, maka manusia itu telah berjanji akan menunaikan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sebab itulah Azizi nak tunaikan tanggungjawab dia melalui ibunya". Aku pulak, buat muka poyo je bila dengar suamiku berkhutbah.

Aku cuba membayangkan, andai anak ku dipanjangkan umurnya, pasti dia merupakan seorang hamba Allah yang taat dan setia. Insyaallah. Itulah yang aku sentiasa harapkan. Tapi.....itu hanyalah khayalan semata-mata kerana takdirnya tidak sebegitu. Allah sangat sayangkannya.......Allah sangat sayangkan anak mama......

Thursday, July 14, 2011

~~Anencephaly - Statistik~~

Berdasarkan maklumat yang aku perolehi, statistik menunjukkan, nisbah kelahiran bayi anencephaly adalah 1 daripada 1000 kelahiran. Manakala nisbah bandingan antara jantina, kekerapan bayi perempuan berbanding bayi lelaki mengalami anencephaly adalah 3 bayi perempuan berbanding 2 bayi lelaki.

Dari segi corak kelahiran, ramai para ibu memilih untuk menjalani c-section berbanding kelahiran normal. Ini adalah ekoran daripada keadaan bayi anencephaly yang mempunyai kepala yang agak kecil berbanding bayi normal yang biasa. Selain itu, dikhuatiri akan menyebabkan bahu bayi tersangkut ketika kelahiran dan tekanan yang dirasai oleh bayi pada bahagian kepala. Dijangka, hayat hidup bayi melalui c-section adalah lebih lama berbanding kelahiran biasa.

*****Semoga boleh dijadikan panduan*****

Wednesday, July 13, 2011

~~Mama Rindu~~

Azizi...........mama rindu,
Rindu akan tendanganmu,
Rindu akan usapan lembutmu,
Rindu akan wajahmu,
Rindu akan dirimu,

Setiap saat mama rindu,
Setiap detik mama rindu,
Mama tatap potret wajahmu,
Mama belai barangan peninggalanmu,
Agar rindu ini berlalu pergi,

Namun, adakah ia mencukupi,
Buat pengubat rindu di hati mama?
NisanMu bukti kewujudanmu,
Kerana dirimu ber 'Bin' kan nama abahmu,
Rumahmu mama lawati dan mengamin Al-Fatihah buatmu,
Agar diri ini mampu mama tangani,
Bila rindu menghambat dihati.
Tunggu mama.......moga Azizi setia menanti....

~~Aku Enjoy Dengan Kehamilan Ku~~

Ramai di antara rakan-rakan yang aku kenali, mudah sungguh dia orang hamil. Tapi aku, perlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan zuriat daripada darah daging sendiri. Apatah lagi, anak yang aku kandung, hayatnya tidak akan panjang kerana masalah yang dihidapi olehnya. Jadi, oleh kerana aku tidak mempunyai kesempatan seperti yang rakan-rakan aku perolehi, inilah masanya untuk aku menikmati saat-saat kehamilan aku. Segala kasih sayang dan rasa keibuan yang aku ada, aku curahkan buat anak aku. Apa yang aku rasa nak buat, aku akan buat selagi tidak bercanggah dengan hukum agama.

Ada suatu ketika, aku teringin sangat nak makan buah durian dan buah rambutan kampung. Masa tu, buah durian harganya sebiji hampir mencecah RM30.00 dan harga sebiji buah rambutan adalah RM0.50. Kerana keinginan aku yang amat sangat tu, suami aku sanggup mencari buah durian sampai ke Pasir Pandak. Nasib baik jugaklah dia jumpa dan dia belikan aku 3 biji buah durian. Habis semua aku bedal. Ayah dan ibu aku pulak, pergi sampai ke Serian semata-mata nak carikan aku buah rambutan. Dapatlah jugak 5 biji buah rambutan. Semua aku ganyang. Tak main kongsi-kongsi dah. Buah cempedak pun aku nak. Aku beli dengan harga RM7.00 di Pasar Minggu Satok. Dapat 8 biji je buahnya.

Habis je gian makan buah-buahan tempatan, aku gian pulak makan cencaluk. Cencaluk + cili besar + nasi panas = menjilat jari. Sampai 2 pinggan aku makan sekali aku duduk. Air minuman aku semestinya air horlick pada waktu pagi dan malamnya air kopi.

Bila masuk tidur, aku mesti pasang lagu nasyid. Bukan aku yang dengar, tapi aku bagi baby aku yang dengar. Aku pasang headphone kat perut aku. Waktu itulah adalah waktu yang aku takkan lupakan sampai bila-bila di mana anak aku akan memberikan tindakbalas untuk setiap lagu yang aku mainkan untuknya. Seolah-olah aku tahu pulak, lagu mana yang dia suka dan lagu mana yang dia tak suka. Kalau dia tendang sampai aku rasa sakit, maksudnya tak sukalah tu. Kalau dia gerak dalam keadaan perlahan, dia suka lagu tu kot?

Macam mana pulak reaksi anak aku setiap kali azan berkumandang?.............

Tuesday, July 12, 2011

~~Sajak Mama Untuk Azizi~~

Tidak perlu mama melihat ke dalam mata mu,
Untuk mama menyayangimu,
Tidak perlu mama mendengar tangisanmu,
Untuk mama tahu Azizi menyayangi mama jua,
Tidak perlu mama memegang tanganmu,
Hanya untuk menggembirakan mu selalu,
Walau dalam rahim mama, kita berkongsi segalanya,

Azizi menyentuh kalbu mama dengan lembut,
Azizi sumber kekuatan mama,
Azizi hadiahkan memori indah buat mama,
Yang mama sentiasa genggam dengan teguh,

Memang benar, hati mama sakit dan kecewa bila Azizi pergi terlalu awal,
Namun kasih seorang ibu takkan berakhir sehingga ajal memanggil,

Hanya untuk anak mama,
Selamanya kasih mama hanya untukmu.....

~~Anencephaly - Jangka Hayat Hidup~~

Dulu, sewaktu bayi aku disahkan mengalami Anencephaly, semua doktor memaklumkan kepada aku bahawa bayi aku takkan hidup lama dan sebahagian daripada mereka mengatakan kepada aku, buang masa je kalau teruskan kandungan sedangkan anak aku tak sempurna. Kecil hati aku bila mereka cakap macam tu kat aku. Selamba je dia orang. Mesti anak aku sedih kalau dia terdengar kata-kata yang mereka ucapkan kepada aku.

Jadi, aku pun mencari fakta-fakta berkenaan dengan jangka hayat bayi yang mengalami anencephaly:-
The baby's life up to and after birth
The statistics:
7% died in utero
18% died during birth
26% lived between 1 and 60 minutes
27% lived between 1 and 24 hours
17% lived between 1 and 5 days
5% lived 6 or more days


Hasil daripada statistik di atas, dengan kata lain, pendek ke, panjang ke umur kita, bukan manusia yang tentukan. Semuanya ditangan Allah yang maha esa. Aku sebagai manusia hanya mampu berdoa dan mengharap. Aku redha jika itu sudah kehendak dan ketentuannya.

"Daripada Allah kita datang, kepada Allah juga kita kembali"

Monday, July 11, 2011

~~Anencephaly - Salah satu masalah NTD~~

Disepanjang kehamilan aku, aku suka mengumpul sebarang maklumat yang berkaitan dengan keadaan yang dialami oleh anakku. Banyak juga info-info yang telah aku temui dan telah aku baca. Daripada cerita-cerita yang menakutkan kepada kisah-kisah yang mengharukan. Selain itu juga, aku telah mengikuti support group yang boleh aku percayai untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka disamping berkongsi-kongsi cerita sama ada suka atau pun duka. Kebanyakkannya membantu aku mengharungi dugaan ini.

Disini aku kongsikan maklumat-maklumat berkaitan dengan NTD. Ini adalah antara laman web atau blog yang anda semua boleh baca dan selami kisah mereka.

Petikan daripada http://drzubaidi.com/
NTD - Neural Tube Defects

 
Terdapat 3 jenis NTD yang biasa dilihat:-
          1. Spina Bifida
          2. Anencephaly
          3. Encephalocele

Puncanya tidak diketahui dengan jelas, tetapi para saintis percaya ianya disebabkan oleh faktor genetik, persekitaran dan pemakanan. Seramai 95% bayi yang mengalami NTD tidak mempunyai latar belakang ahli keluarga yang mengalami NTD. Namun kecacatan pada kromosom trisomy 13, 18 dan 21 dikaitkan dengan punca masalah ini.

Faktor-faktor lain:-
          - umur ibu hamil semakin meningkat
          - penyakit diabetis yang dihidapi
          - kekurangan zinc dan acid folic
          - minum alkohol dan merokok
          - menghidapi penyakit sawan

Risiko boleh dikurangkan dengan pengambilan acid folic yang mencukupi ketika merancang kehamilan.

*****Semoga Maklumat Ini Boleh Dijadikan Panduan*****

Friday, July 8, 2011

~~Azizi - You'll Be In My Heart~~


~~Pakaian Bayi~~

Ketika kandungan aku hampir mencecah 5 bulan, kebetulan waktu tu, di Wisma Saberkas ada jualan murah (Murah jugaklah kot) di Ngiu Kee (Maaflah kalau salah ejaan nya). Sambil berjalan-jalan tu, aku terpandang di bahagian barangan baby. Macam-macam ada. Rasanya macam semuanya aku nak capai. Tapi, kena berjimat cermat. Nanti jadi papa kedana pulak. Jadi, aku beli ikut keperluan je. Akhirnya, aku beli sekotak yang berupa hadiah untuk new born baby. Dalam tu ada 2 pasang pakaian. Satu pasang berlengan dan berseluar panjang dan satu pasang lagi berlengan dan berseluar pendek. Disebabkan mak budak suka warna biru, jadi aku belilah warna biru. Ada jugaklah dalam kotak tu sepasang sarung tangan dan kaki termasuk cap dia sekali. First time aku beli benda-benda macam tu. Teringin jugak aku nak beli botol susu dan beberapa keperluan bayi. Tapi, sempat ke anak aku gunakan semuanya? Menangis dalam hati aku mengenangkannya.

Balik je kat rumah, aku belek-belek barangan bayi yang aku beli. "Hmmm.....wanginya". Sambil tu, aku buat angan-angan kosong seolah-olah anak aku sedang memakainya. "Tentu tampan anak aku kalau dia pakai nanti"..... sambil aku tersenyum sendirian. "Harap-harap anak aku sempat memakainya. Hidup lama sikit ye. Kuatkan semangat untuk hidup ye". Aku cakap sorang-sorang sambil mengusap-usap perut boroi aku. Nak tahu sesuatu? Anak aku membalas usapan aku dengan gerakan perlahannya. "Sayang mama".

Barangan Bayi untuk Anak Mama











Wednesday, July 6, 2011

~~HarapanKu~~

Sejak aku keluar dari hospital, aku rasa terlalu gembira. Sehinggakan sakit kena induce pun aku dah lupa. Bukan kerana aku suka kena induce, tetapi aku gembira sebab nadi anak aku masih berdenyut dalam rahim aku. Bahagianya aku rasa pada waktu itu. Tak dapat aku nak gambarkan. Dengan semangatnya aku kembali bertugas seperti biasa. Bagi rakan-rakan yang tahu perihal aku, mereka tertanya-tanya bagaimana keadaan aku ketika itu. Ada juga yang menganggap bahawa aku berjaya dalam misi induce tu. Dengan bangganya aku menjawab, "Anak aku kental orangnya. Dia masih ingin melihat dunia. Dia masih memperjuangkan hak kehidupannya. Aku bangga dengan anak aku."

Hari demi hari aku lalui dengan penuh harapan. Setiap hari aku menelan pil asid folik, pil iron, vitamin B2 dan vitamin C. Aku sentiasa mendoakan keajaiban daripada Allah S.W.T. jika diizinkan. Setiap tendangan dan pergerakan yang anak aku lakukan, aku perhatikan dengan hati yang berbunga-bunga. "Mmmm.....aktifnya anak aku ni. Macam abah dia."


Harapan demi harapan aku pertaruhkan. Tetapi bukan dengan desakan. Hanya memohon keajaiban sekiranya diperkenankan oleh Mu, ya Allah. Andai apa yang Kau berikan itu, adalah terbaik buatKu, aku redha dan terima dengan hati yang terbuka. Aku pasti dan percaya, ada hikmah disebaliknya.

Tuesday, July 5, 2011

~~Induce~~

Walaupun berat untuk aku, berat lagi hati suamiku bila mendengar keputusan muktamad aku. Aku memilih untuk TOP (Termination Of Pregnancy). Keputusan ini aku buat adalah atas desakan kedua-dua orang tua aku kerana terlalu bimbang dengan keselamatan aku. Mereka menganggap jika aku teruskan juga kandungan tersebut, aku juga mungkin menemui ajal kerana anak yang aku kandung tidak sihat.

Aku pun ke HUS pada hari jumaat untuk membuat prosedur masuk wad dan aku ditempatkan di EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) ward. Menurut doktor, aku akan di 'induce' untuk membantu pembukaan pintu rahim agar aku boleh melahirkan anakku secara normal. Untuk menjalankan proses tersebut, mereka akan memasukkan sejenis pil di pintu rahim aku dan ianya akan dilaksanakan sebanyak 5 kali selang 3 jam dalam 1 kitaran. Aku menjalaninya sebanyak 3 kitaran. Setiap kitaran, mereka melakukannya untuk seminggu sekali sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan risiko dari terkena jangkitan kuman, pecah rahim dan sebagainya. Alhamdulillah. Allah memberikan aku kekuatan untuk menahan kesakitan yang aku tanggung tanpa bantuan pain killer ataupun epidural. Walaupun sakit, aku masih mampu tersenyum bagi melindungi air muka aku yang menahan sakit terutama sekali dihadapan adik aku yang kebetulan juga hamil pada ketika itu (awal 2 bulan daripada aku). Aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan pasal sakit hendak bersalin. Biarlah dia rasa sendiri kelak. Sehinggakan nurse yang memantau keadaan aku pun rasa hairan melihat reaksi aku yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Asyik tersenyum memanjang je.

Kitaran Pertama
Ubat pertama - Tak rasa sakit apa-apa pun
Ubat ke-2 - Rasa macam nak period je
Ubat ke-3 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-4 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Kesimpulan: Kitaran pertama GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Kitaran Ke-2
Ubat pertama - Rasa macam nak period je
Ubat ke-2 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-3 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-4 - Lebih sakit daripada sebelumnya
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Kesimpulan: Kitaran ke-2 juga GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Kitaran ke-3
Ubat pertama - Rasa macam nak period je
Ubat ke-2 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-3 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-4 - Lebih sakit daripada sebelumnya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Darah terus mengalir keluar sehingga memenuhi 1 pad tuala wanita)
Kesimpulan: Kitaran ke-3 juga GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Walaupun ketiga-tiga kitaran tersebut tidak berjaya, jauh disudut hati, aku sangat gembira. Bukan sahaja aku akan teruskan kandungan aku, malahan aku dah ikut cakap mak dan ayah aku, dan diharap tidak akan mendesak aku untuk melakukan TOP lagi. Maksudnya, Allah mendengar doa aku. Doa aku yang selalu aku lafazkan setiap kali selesai solat. Aku nak aku masih diberi kesempatan untuk bersama anak aku walaupun aku tahu takdirnya tidak mungkin akan berubah.

Aku memaklumkan kepada doktor pakar aku bahawa aku mahu meneruskan kandungan aku sehingga anak aku lahir. Aku dah tak nak buat TOP lagi. Aku dah tak sanggup dibelenggu rasa bersalah dan kesal. Apa nak jadi selepas tu, biarlah berlaku. Aku dah tak kisah lagi. Yang penting anak aku masih ada bersama aku. Doktor pun mengatur temujanji aku yang seterusnya. Tetapi setiap kali aku menghadiri temujanji tersebut, mereka masih lagi menyarankan aku untuk buat TOP. Setiap kali itu juga aku menolak. Pujuklah macam mana pun, aku dah tekad dengan pendirian aku. Aku nak bawa anakku Azizi hingga keakhirnya sehingga maut memisahkan kami.

Tidakkah mereka menyedari, bagaimana sekalipun keadaan anak aku, kasih sayang aku kepadanya mengatasi segala-galanya. Tidakkah mereka tahu, setiap saat aku bersama anak aku amatlah berharga. Dan tidakkah mereka berfikir, anak aku berhak diberi kesempatan mengenali ibu dan ayahnya walaupun untuk seketika cuma.

Sejauh mana Allah menguji aku, Dia lebih mengetahui kemampuan aku menghadapinya kerana Allah tidak akan menurunkan ujian yang melangkaui ketahanan umatnya......

Monday, July 4, 2011

~~Hukum Gugurkan Janin~~

^^ Petikan dari laman web http://www.zaharuddin.net/ ^^


Apakah hukumnya dalam islam?
  1. Janin menghidap penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati. Hukum: HARAM sebelum 4 bulan dan selepas.
  2. Janin menghidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup seperti buta, cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cacat kaki, kurang jari dan sebagainya. Hukum: HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.
  3. Janin menghidap kecacatan yang serius yang membawa kematian, seperti tiada kepala, tiada paru-paru dan sebagainya. Hukum: Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.
  4. Janin mengalami kecacatan anggota yang akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan. Hukum: Terdapat perbezaan pandangan ulama'; 1 - HARUS sebelum 4 bulan, HARAM selepas 4 bulan, 2 - HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, keyakinan yang tinggi hasil analisa doktor-doktor pakar.
  5. Janin menghidapi penyakit AIDS. Hukum: HARUS sebelum 4 bulan, HARAM selepas 4 bulan.
  6. Janin yang terhasil akibat dirogol. Hukum: HARUS digugurkan hanya sebelum 4 bulan.
  7. Janin yang sihat atau sakit atau cacat, tetapi nyawa ibu terancam kiranya janin dilahirkan. Hukum: HARUS gugur janin sama ada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa ibu diutamakan dalam hal ini.
Mengapa tidak dibenarkan gugur janin semasa usia janin 120 hari atau bersamaan 4 bulan? Ini adalah kerana atas hak kemanusiaan yang diiktiraf dalam islam dimana semasa itu roh ditiupkan kedalam janin. Pengguguran janin ketika itu adalah HARAM.

***Semoga dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna***

~~Aku Bingung~~

Suami aku cuba mendapatkan seberapa maklumat tentang hukum hakam menggugurkan janin daripada rakan-rakannya yang mengetahui. Kata mereka, sekiranya bayi yang dikandung itu mempunyai kecacatan yang serius dan dijangka akan meninggal dunia, pengguguran dibolehkan. Walaupun jawapan telah ditemukan, tetapi aku masih ragu-ragu. Bukannya meragui jawapan dari rakan seangkatan suamiku, tetapi ragu kepada diri aku sendiri kerana kasih pada anak aku. Begitu juga suamiku yang mengharapkan aku meneruskan kandungan. Katanya, sekurang-kurangnya anak kami meninggalkan tanda yang dia pernah hadir dalam hidup kami. Serta merta mata aku digenangi air. Oh.....betapa sukarnya nak buat keputusan.

Ketika suamiku ke kediaman ibunya atas suatu urusan, ibu mertuaku menyatakan hasrat untuk menjaga anakanda kami setelah ia dilahirkan kelak. Dan suamiku menjawab, "Tak perlulah mak". Timbul rasa kehairanan dihati ibu apabila melihat reaksi suami aku yang seolah-olah endah tak endah sahaja. Akhirnya, suamiku menceritakan apa yang telah berlaku. Ibu mertuaku hanya mampu mengalirkan air mata tatkala menerima berita yang menimpa kami.

Aku meminta khidmat nasihat daripada kedua orang tua aku mengenai perihal apakah keputusan yang harus aku buat. Gugur.....atau teruskan. Aku tahu, ibubapa aku sangat bimbang dengan keselamatan aku. Tak perlu mereka nyatakan pun, aku dah dapat agak apa yang tersirat dihati mereka. Semuanya terpancar diwajah masing-masing. Aku je yang buat tak tahu. Terus mempamerkan wajah yang ceria tanpa sekelumit rasa kebimbangan. Aku buat macam tu, sebab aku tak nak mak dan ayah aku bertambah risau. Akhirnya, ibubapa aku meminta aku menggugurkan kandungan demi keselamatan aku. Acapkali mereka meminta aku mengikuti nasihat mereka. Almaklumlah, ibubapa mana yang sanggup melihat anak mereka pergi dahulu sebelum mereka.

Aku bertambah kebingungan. Aku cuba tenangkan diri agar dapat membuat keputusan yang sewajarnya dalam masa terdekat ini. Apakah keputusan yang akan aku ambil? Aku sendiri tidak pasti......

Sunday, July 3, 2011

~~Selamat Hari Bapa, Suamiku.....~~

Aku harap belum terlambat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada suamiku. Ketahuilah, awak adalah suami yang terbaik buat saya sebab sudi bersama saya ketika mahligai kita dihujani pelbagai jenis ujian dan rintangan. Terima kasih sangat-sangat.


~~Appointment di Klinik Pakar, HUS~~

Aku ke klinik pakar di HUS pada petang itu mengikut temujanji yang telah dijadualkan. Masuk sahaja ke bilik pemeriksaan, doktor terus sahaja memulakan tugasnya. Menggunakan ultrasound yang berimejkan 3D, beliau memerhati keadaan bayiku dengan begitu teliti. Tujuannya adalah untuk memberikan pengesahan bahawa anakandaku ANENCEPHALY sebelum membuat prosedur untuk rawatan yang seterusnya. Kemudian, beliau mengisi suatu borang dan menulis semua maklumat yang diperolehi hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukannya ke atas kandungan aku.

Dr: "Awak ada 2 pilihan sama ada TOP ataupun Conservative. Kita mencadangkan agar anda menamatkan sahaja kandungan sementara janin masih kecil. Kalau janin tu dah besar, susah hendak digugurkan. Kalau diteruskan pun, tak berguna. Sebab dia takkan hidup. Kalau anda setuju, saya akan rekomen anda masuk wad. Macam mana?"

Aku: "Kalau kami nak teruskan, boleh tak? Membahayakan nyawa saya tak?"

Dr: "Ianya tidak membahayakan awak. Tapi, seperti yang telah saya maklumkan tadi, anak awak takkan hidup. Paling lama pun hanya 2 hingga 3 hari sahaja"

Aku: "Doktor.....Biar kami fikir dan bincang dulu."

Dr: "Baiklah. Tapi jangan ambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Kalau awak bersetuju untuk melaksanakan TOP, awak pergi semula ke DayCare ward untuk buat appointment. Okay?"

Aku: "Baiklah."

Aku dan suamiku pulang ke rumah. Kami saling berpandangan, tapi dengan pandangan yang kosong. Kami masih belum membuat sebarang keputusan apatah lagi nak berbincang tentang perkara sedemikian. Aku pula memang tak nak fikir pun pasal perkara tadi tu. Aku bingung sangat. Keputusan apakah yang terbaik bagi aku dan anak aku? Apakah hukumnya menggugurkan janin yang mempunyai masalah seperti bayiku? Sanggup ke aku nak buat macam tu? Sanggup ke?.....

***TOP - Termination Of Pregnancy, Conservative - Continue With Pregnancy Until Full Term     

Saturday, July 2, 2011

~~Buaian~~

Buai laju-laju, Sampai pokok sena,
Apa dalam baju, Sekuntum bunga cina.

Buaian anak mama, kosong.
Tapi ..... hati dan mata mama sentiasa membayangi mu, sayang.
Al-Fatihah buat anak mama dan sampai kita bertemu kembali kelak.

~~Khabar Buat SuamiKu~~


"Abang, memang benarlah anak kita ANENCEPHALY. Doktor kata anak kita lelaki. Dan, dia bagi kita pilihan sama ada nak gugurkan atau teruskan. Kalau teruskan pun, baby tu takkan hidup lama. Paling lama pun 2 atau 3 hari je. Selain itu, simpan kandungan tu pun, hanya membazirkan masa, kerana masa yang selebihnya boleh digunakan untuk pregnant semula. Kalau teruskan jugak, mungkin kena c-section sebab berkemungkinan bahu bayi akan tersangkut kat pintu rahim".

Kasihan aku melihat wajah suamiku yang suram. Aku melihat suamiku berjalan longlai. Tiada terpancar sebarang semangat yang dapat aku lihat di situ.

Setibanya kami di rumah, aku terus berjalan menuju ke kamar tidurku. Merebahkan tubuh yang keletihan, kepala aku yang memikul bebanan yang berat. Fikiran aku kosong. Aku rasa dunia ini gelap gelita. Angan-anganku telah jauh berlabuh meninggalkan aku. Jauh disudut hati aku....."Mama minta maaf sayang. Ni semua salah mama tak ikut nasihat nurse dan doktor. Mama ambil sambil lewa je. Maafkan mama sayang. Mama betul-betul mintak maaf". Laju sungguh air mata aku gugur ke pipi membasahi bantal aku sekali. Suami aku hanya mampu memeluk erat tubuhku bagi menenangkan aku. "Sudahlah. Bukan rezeki kita. Dah takdir dia macam tu. Kita nak buat macam mana".

Petang tu, aku ada appointment dengan doktor pakar di HUS pula untuk sesi pemeriksaan dan keputusan. Aku.....hanya menunggu.....

Friday, July 1, 2011

~~Hasil UltrasoundKu di Patricia Ling Women Specialist Clinic~~


Setelah aku menerima berita yang membuat hati aku tidak senang, aku meminta suamiku menghantar aku ke klinik pakar sakit puan yang selalu aku kunjungi bersama-sama ibuku untuk memastikan kesahihan berita yang aku terima. Ibu aku lagilah macam tak percaya dengan cerita yang aku bawa.

Hasil pemeriksaan lanjut yang aku lakukan di Patricia Ling Clinic, sama seperti yang dimaklumkan kepada aku sebelumnya oleh Dr di klinik jawa. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku pada waktu tu. Aku tak tahu sama ada aku patut menangis, meraung atau melemparkan apa sahaja objek yang ada didepan mata aku. Mak aku pulak terdiam seribu bahasa. Bila mak aku tanya doktor Ling apakah jantina bayiku, "It's a boy". Lagilah aku terkedu. Suamiku memang mengharapkan kehadiran anak lelaki dalam hidup kami. Katanya, boleh jugak dia bawa pergi bersukan bersama-sama kelak. Rupa-rupanya, impian hanya tinggal impian.

 My Baby at gestation 18 weeks
 

His sex....."It's a boy"

Sewaktu melangkah keluar dari bilik pemeriksaan, aku tertanya-tanya kepada diri sendiri. Haruskah aku memaklumkan perihal ini kepada suamiku sekarang? Sampai hatikah aku?