"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Tuesday, July 5, 2011

~~Induce~~

Walaupun berat untuk aku, berat lagi hati suamiku bila mendengar keputusan muktamad aku. Aku memilih untuk TOP (Termination Of Pregnancy). Keputusan ini aku buat adalah atas desakan kedua-dua orang tua aku kerana terlalu bimbang dengan keselamatan aku. Mereka menganggap jika aku teruskan juga kandungan tersebut, aku juga mungkin menemui ajal kerana anak yang aku kandung tidak sihat.

Aku pun ke HUS pada hari jumaat untuk membuat prosedur masuk wad dan aku ditempatkan di EPAU (Early Pregnancy Assessment Unit) ward. Menurut doktor, aku akan di 'induce' untuk membantu pembukaan pintu rahim agar aku boleh melahirkan anakku secara normal. Untuk menjalankan proses tersebut, mereka akan memasukkan sejenis pil di pintu rahim aku dan ianya akan dilaksanakan sebanyak 5 kali selang 3 jam dalam 1 kitaran. Aku menjalaninya sebanyak 3 kitaran. Setiap kitaran, mereka melakukannya untuk seminggu sekali sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan risiko dari terkena jangkitan kuman, pecah rahim dan sebagainya. Alhamdulillah. Allah memberikan aku kekuatan untuk menahan kesakitan yang aku tanggung tanpa bantuan pain killer ataupun epidural. Walaupun sakit, aku masih mampu tersenyum bagi melindungi air muka aku yang menahan sakit terutama sekali dihadapan adik aku yang kebetulan juga hamil pada ketika itu (awal 2 bulan daripada aku). Aku tak nak dia fikir yang bukan-bukan pasal sakit hendak bersalin. Biarlah dia rasa sendiri kelak. Sehinggakan nurse yang memantau keadaan aku pun rasa hairan melihat reaksi aku yang tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Asyik tersenyum memanjang je.

Kitaran Pertama
Ubat pertama - Tak rasa sakit apa-apa pun
Ubat ke-2 - Rasa macam nak period je
Ubat ke-3 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-4 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Kesimpulan: Kitaran pertama GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Kitaran Ke-2
Ubat pertama - Rasa macam nak period je
Ubat ke-2 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-3 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-4 - Lebih sakit daripada sebelumnya
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Kesimpulan: Kitaran ke-2 juga GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Kitaran ke-3
Ubat pertama - Rasa macam nak period je
Ubat ke-2 - Adalah rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian bawah perut
Ubat ke-3 - Sakit itu semakin bertambah. Tapi masih boleh berjalan-jalan
Ubat ke-4 - Lebih sakit daripada sebelumnya (Keluar seketul darah sebesar hujung ibu jari tangan).
Ubat ke-5 - Lebih sakit daripada sebelumnya dan berterusan sehingga pagi pada keesokan harinya (Darah terus mengalir keluar sehingga memenuhi 1 pad tuala wanita)
Kesimpulan: Kitaran ke-3 juga GAGAL
Bukaan Pintu Rahim: 0 cm

Walaupun ketiga-tiga kitaran tersebut tidak berjaya, jauh disudut hati, aku sangat gembira. Bukan sahaja aku akan teruskan kandungan aku, malahan aku dah ikut cakap mak dan ayah aku, dan diharap tidak akan mendesak aku untuk melakukan TOP lagi. Maksudnya, Allah mendengar doa aku. Doa aku yang selalu aku lafazkan setiap kali selesai solat. Aku nak aku masih diberi kesempatan untuk bersama anak aku walaupun aku tahu takdirnya tidak mungkin akan berubah.

Aku memaklumkan kepada doktor pakar aku bahawa aku mahu meneruskan kandungan aku sehingga anak aku lahir. Aku dah tak nak buat TOP lagi. Aku dah tak sanggup dibelenggu rasa bersalah dan kesal. Apa nak jadi selepas tu, biarlah berlaku. Aku dah tak kisah lagi. Yang penting anak aku masih ada bersama aku. Doktor pun mengatur temujanji aku yang seterusnya. Tetapi setiap kali aku menghadiri temujanji tersebut, mereka masih lagi menyarankan aku untuk buat TOP. Setiap kali itu juga aku menolak. Pujuklah macam mana pun, aku dah tekad dengan pendirian aku. Aku nak bawa anakku Azizi hingga keakhirnya sehingga maut memisahkan kami.

Tidakkah mereka menyedari, bagaimana sekalipun keadaan anak aku, kasih sayang aku kepadanya mengatasi segala-galanya. Tidakkah mereka tahu, setiap saat aku bersama anak aku amatlah berharga. Dan tidakkah mereka berfikir, anak aku berhak diberi kesempatan mengenali ibu dan ayahnya walaupun untuk seketika cuma.

Sejauh mana Allah menguji aku, Dia lebih mengetahui kemampuan aku menghadapinya kerana Allah tidak akan menurunkan ujian yang melangkaui ketahanan umatnya......

4 comments:

  1. salam.

    alhamdulillah x jadi TOP.
    saya juga sdg mengandung bayi anencephaly, hampir 24mgg usia kandungan.

    syukur saya ke al-Islam specialist hosp utk 2nd opinion. di sana ada panel syariah dan mereka mmg tdk benarkn TOP. 1st opinion sy ke sbuah hosp Islam juga, tetapi mereka berat memberi cadangan utk TOP wlo tdk memaksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye..... Alhamdulillah. Allah swt kuatkan hati dan tekad saya utk teruskan kandungan. Siang mlm saya berdoa agar Allah makbulkan doa saya utk melihat dia wlupun sesaat. Akhirnya, doa saya dimakbulkan dan saya diberi kesempatan utk melihatnya selama 18 jam. Alhamdulillah......

      Delete
  2. Slm... pada pertama kali saya diberitahu kandungan saya adalah anencephaly.. saya suda tekad untuk membawanya hingga ke term.. alhamdulillah..kini kandungan saya sudah 7bulan lebih.. bayi sgt aktif sehingga saya sukar utk melangkah..bila nk berjalan aja bbybakan mengeras.. apalg bila mahu panjat tangga.. semiga Allah oermudahkan kita semua..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...... Bila kita tekad, maksudnya kita redha dgn ketentuan yg tlh Allah berikan kpd kita.

      Delete