"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Saturday, July 23, 2011

~~Happy 2nd Months Birthday, Kesayangan Mama~~

Hari ni genap 2 bulan anak aku dilahirkan ke dunia. Bermakna esok, genap 2 bulan juga lah anak aku menyahut panggilan illahi. Rasa macam terlalu lama aku tidak melihatnya, walaupun baru je 2 bulan Allah memisahkan kami.

Salah seorang teman sekerja aku pernah mengatakan kepada aku, bahawa aku tak kan terasa sangat akan kehilangan anak. Sebab aku belum bersamanya dalam tempoh yang lama. Hmmm......itu cakap dia. Tapi bagi aku, kehilangan anak yang dah lama aku tunggu dan dambakan, pemergiannya amat aku rasai sehingga kini. Rindu aku kepadanya semakin menggunung tinggi sehinggakan kadang-kadang aku tak dapat bendung rasa kerinduan dihati. Acapkali air mata aku mengalir ke pipi tanpa diundang. Betapa sedihnya hati aku bila memandang ke arah orang lain yang mengendong anak masing-masing. Tapi aku...............bila aku lihat tangan aku sendiri, ianya kosong...................tetap kosong.

Betapa aku sangat berusaha untuk memilikinya. Aku sanggup melakukan sebarang jenis pemeriksaan untuk memastikan usaha aku tidak sia-sia. Tapi yang berlaku....................aku tahu ini ujian Allah malahan aku dah pun meredhainya. Pasti ada diantara anda yang mengerti perasaan aku di saat ini.

Apa-apa pun, aku tahu. Anak aku bahagia di sana.........di sisi penciptanya. Al-Fatihah untuk anak mama. Sampai kita berjumpa di sana kelak. Amin..............

1 comment:

  1. moga puan kuat..saya pun baru kehilangan anak kerana anencephaly..moga kita dpt bertemu mereka di syurga ke

    ReplyDelete