"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Wednesday, July 6, 2011

~~HarapanKu~~

Sejak aku keluar dari hospital, aku rasa terlalu gembira. Sehinggakan sakit kena induce pun aku dah lupa. Bukan kerana aku suka kena induce, tetapi aku gembira sebab nadi anak aku masih berdenyut dalam rahim aku. Bahagianya aku rasa pada waktu itu. Tak dapat aku nak gambarkan. Dengan semangatnya aku kembali bertugas seperti biasa. Bagi rakan-rakan yang tahu perihal aku, mereka tertanya-tanya bagaimana keadaan aku ketika itu. Ada juga yang menganggap bahawa aku berjaya dalam misi induce tu. Dengan bangganya aku menjawab, "Anak aku kental orangnya. Dia masih ingin melihat dunia. Dia masih memperjuangkan hak kehidupannya. Aku bangga dengan anak aku."

Hari demi hari aku lalui dengan penuh harapan. Setiap hari aku menelan pil asid folik, pil iron, vitamin B2 dan vitamin C. Aku sentiasa mendoakan keajaiban daripada Allah S.W.T. jika diizinkan. Setiap tendangan dan pergerakan yang anak aku lakukan, aku perhatikan dengan hati yang berbunga-bunga. "Mmmm.....aktifnya anak aku ni. Macam abah dia."


Harapan demi harapan aku pertaruhkan. Tetapi bukan dengan desakan. Hanya memohon keajaiban sekiranya diperkenankan oleh Mu, ya Allah. Andai apa yang Kau berikan itu, adalah terbaik buatKu, aku redha dan terima dengan hati yang terbuka. Aku pasti dan percaya, ada hikmah disebaliknya.

2 comments:

  1. Assalam.. bertwmu lagi... sungguh bersemangat saudari .. saya boleh lira dengan jari.. xsampai 10x saya menelan ubatan yg nurse bekalkan.. bukan berputus asa..tp saya risau kalau kalau bayi saya membesar..sb ni anak saya g ke 5.org tua kata bayi makin membesar ...saya risau kalau kalau susah nak bersalin...kawan kawansekerja saya tidak mengetahui akan oerihal kandungan saya kerana saya seorang yang tertutup.. kurang minat berkongsi masalah dgn rakan especially perkara yang menyedihkan saya.. saya mudah menangis bila jumpa org yang tahu tentang madalah saya ni.. jadi lebih baik saya rahsiakan ..dan saya cuba kuat dan sabar.. cuma bis dan rakan terdekat shj yg tahu.. itupun kerana mereka mendesak saya bagitau reason selalu mc hospital kerajaan.. selalu jumpa pakar.. menggung aje dah 3jam setengah... conferm lebih 4 jam..dan diberi mc.....pray for me...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...... Saya juga spt saudari. Hanya suami jer yg tahu keadaan kandungan saya ketika itu. Selain drpd itu, wlupun ibu kandung saya sendiri tdk tahu perihal sbnr. Sehinggalah sampai masa yg saya rasa sesuai, saya hanya beritahu mrk, bersiap sedia dgn segala kemungkinan. Ketika itulah ibu saya rasa ada sesuatu yg saya sembunyikan drpd beliau....

      Delete