"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Tuesday, September 27, 2011

~~Wedding Anniversary Gift~~

AnakKu bakal dilahirkan.
AnakKu bakal bernafas menghidu bau dunia.
AnakKu bakal mengenali aku dan suami sebagai mama dan papaNya.
Tetapi......adakah Aku bersedia?????
Bersediakah Aku untuk menghadapi kemungkinan yang bakal Aku hadapi?????

Ya Allah, padaMu aku memanjatkan doa.
Aku tahu, anakKu akan kembali kepadaMu sebelumKu.
Namun, Ku mohon padaMu Ya Allah.
Izinkanlah Aku bersamaNya walau untuk seketika cuma.
Agar Kami diberi peluang melihat, memeluk, mencium dan mencurahkan kasih sayang Kami kepadaNya walau untuk sesaat.
Sesungguhnya, betapa Aku dan Suami akan mensyukuri kesempatan yang Kau berikan kepada Kami.
Malahan Kami meredhai kepulanganNya kepadaMu, Ya Allah.
Kerana Aku tahu, Kau menyayangiNya melebihi kasihKu padaNya.

Proses persalinan aku dipermudahkan Allah s.w.t. Mungkin kerana aku menerima keadaan anakKu dengan hati yang terbuka, atau mungkin, kerana tahap kebimbanganKu terhadap anakKu begitu memuncak, sehinggakan segala jerih dan kepayahan yang dilalui tidak sekalipun aku rasai. Betapa aku kagumi keagunganMu, ya Allah. KesedihanKu, Kau gantikan dengan sekelumit kebahagiaan dimana anakKu dilahirkan pada hari ulang tahun perkahwinanKu, 23.05.2011.........hadiah terbaik yang pernah aku perolehi, ahli syurga yang tidak mungkin ada galang gantinya dalam kehidupan Kami.

Tatkala anakKu dilahirkan, keadaan diriKu tidak aku fikirkan lagi. Apa yang penting buat masa tersebut, anakKu mesti diazankan secepat yang mungkin sebelum dia menghembuskan nafasNya yang terakhir. Aku mahu anakKu pergi sebagai seorang mukmin, seorang islam yang dikasihi Allah. Dalam fikiran aku, kiranya aku tidak melaksanakan tanggungjawab aku yang amat penting itu, aku akan menyalahkan diri aku seumur hidup kelak.

Tanpa segan silu, aku meminta siapa sahaja lelaki mukmin yang berada di situ untuk mengazankan anakKu. Aku tidak perlu menunggu suami pada waktu itu kerana aku tahu, suami aku akan memahami mengapa aku lakukan hal sedemikian.
"Kerana Azizi.....Keutamaan Mama & Abah....."

No comments:

Post a Comment