"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Thursday, September 29, 2011

~~Tangisan Pertama~~

Ketika azan dilaungkan.....semua yang berada dibilik bersalin tersebut khusyuk menghayati setiap ungkapan yang dilafazkan oleh insan yang sudi mengazankan anakandaKu tika itu. Malahan, ianya telah mengukir satu sejarah buat para doktor yang berada di situ dimana bayi yang baru beberapa minit dilahirkan, diazankan serta merta oleh seorang doktor muslim. Suasana pada masa tersebut amat mengharukan aku, dan aku berterima kasih sangat-sangat kepada doktor lelaki tersebut kerana sudi menerima tanggungjawab yang aku berikan kepadanya dengan tangan yang terbuka.

Dan.....Ketika itulah tangisan pertama anakKu, aku dengari. Sekaligus menyangkal kenyataan bayi anencephaly adalah BISU.

Sejurus kemudian, aku memaklumkan kepada suamiKu bahawa anak kami telah selamat dilahirkan dan ditempatkan di Nursery. Aku amat mengharapkan suamiKu berkesempatan menemui anakanda kami tika dia masih bernyawa. Sesungguhnya.......Allah itu maha agung. DipanjangkanNya umur anakandaKu agar aku juga diberi ruang dan waktu untuk menatap wajahNya dengan teliti walaupun tika itu kekuatan aku belum pulih sepenuhnya.

Tidak jemu Aku menyebut namaMu, Ya Allah. KeranaKu tahu.....apa yang Engkau turunkan padaKu mempunyai hikmah disebaliknya. Tersembunyi, namun memberikan seribu makna.

No comments:

Post a Comment