"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Thursday, November 24, 2011

~ Kasih Mama Senantiasa Mekar UntukMu ~

Hari ini...... genap 6 bulan Azizi pergi kepangkuan Illahi. Namun perjuanganMu, tidak pernah mama lupakan. Video ini mama titipkan buat Azizi sebagai tanda ingatan Mama yang tidak pernah hilang ditelan waktu. Dan...... tanda terima kasih Mama pada Azizi yang sudi hadir dalam hidup Mama walau untuk seketika. Al-fatihah untuk anak Mama yang Mama sentiasa rindu...... Amin.


"Coz You So Precious To Me"

5 comments:

  1. Assakamualaikum... terimakasih di atas perkongsian tentang bayi saudari.. kini saya juga sedang mengandungkan bayi anencephaly... dah7bln 2minggu.... ini anak ke5 saya.. saudari sangat tabah kerana saudari kehilangan ank sulung saudari..saya mgkin sudah mempunyai 4 anak namun kesedihan ttap dirasai.. saya sedang berdebar menanti kelahirannya..saya berdoa moga Allah memudahkan saya melahirkan secara normal... mudah dan selamat. Saya sangat takut kalau terpaksa di operate.. lerana bayi saya bergerak bebas..kekadg melintang..menegak ..terbalik dan menonggeng... doktor bagitau kemungkinan dia akn keluar bontot dlu kerana bontot lebih berat dr kepala... doakan saya setabah saudari.. saya mungkin iqamatkan sendiri bayi saya memandangkan suami kerja jauh dan memgambil masa untuk smpai ke hospital... doakan saya juga ya...assalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..... Saya akan doakan awak...... Semoga awk juga tabah mengharungi dugaan. Saya sentiasa ingatkan diri saya, Allah s.w.t. tidak akan menduga pengikutnya melebihi drpd kemampuan umatnya. Sesungguhnya, apa yg Allah s.w.t. ambil drpd kita adlh haknya. Tapi, pasti akan digantikan dgn sesuatu yg menggembirakan kita. Semoga saudari juga tabah dlm mengharungi dugaan dlm kehidupan..... Amin

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..kini sy trlntar di atas katil hospital kerana keputusan TOP pada mggu ke 38.. namun..stelah 5 biji ubat dimasukkan..sy msih x merasa sakit..sy buntu...lpas baca entry ni..sy trus nekad buat kputusan biarlah masa yg mnntukan..biarlah rasa sakit sendri tu dtg.. sy redho..sy x mampu utk dimasukkan ubat lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..... alhamdulillah.... selagi ianya tidak mengancam nyawa saudari, berilah ia sedikit waktu untuk merasai kasih syg drpd saudari wlupun hanya melalui rahim saudari. Semoga saudari terus berada di dalam lindungan Allah s.w.t..... Amin

      Delete