"...................Dalam sebuah hadis lagi, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika seorang hamba Allah kematian anak, Allah bertanya kepada Malaikat: "Adakah kamu mengambil nyawa anak hamba-Ku?", Malaikat menjawab:"Ya."

Allah bertanya lagi: "Kamu sudah mengambil nyawa buah hatinya?" Malaikat menjawab: "Ya". Allah bertanya kali ketiga: "Apakah kata hamba-Ku? "Malaikat menjawab: "Dia bersyukur pada-Mu serta mengucapkan 'Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali'. Allah Taala memerintahkan malaikat-Nya: 'Binalah baginya sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu 'Rumah Kesyukuran'. "

Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ibnu Hibban

Monday, August 15, 2011

~~Sakit Bersalin~~

Kali ni, doktor menjalankan prosedur induce ke atas aku buat kali kedua sejak aku dimasukkan ke wad setelah cubaan kali pertama gagal. Ubat induce itu dimasukkan ke rahim aku sebanyak 2 kali iaitu pada jam 9 pagi dan 3 petang. Pada mulanya kesakitan itu tidak dirasai. Tetapi apabila jam menunjukkan pukul 6.30 petang, sakit tersebut semakin menjadi-jadi sehinggalah jam 11 malam. Apabila doktor memeriksa bukaan rahim aku, hanya 2 cm bukaan sahaja. Jururawat yang lalu lalang di katil aku selalu bertanya pada aku. "Sakit sangat ke adik? Kalau sakit, bagitau akak. Nanti, akak suntik ubat tahan sakit. Adik jangan risau ye. Akak percaya, mudah je adik bersalin nanti. Sebab adik redha dengan keadaan anak adik. Percayalah cakap akak". Aku hanya mendengar dan menganggukkan kepala. "Terima kasih ye nurse". Bila aku dengar je perkataan suntikan, mak ai.......aku lebih rela tahan sakit ni daripada aku kena cucuk. Inilah masanya untuk aku merasa sakit sebenar bersalin. Aku nak lihat sejauh mana aku dapat tahan. Dan aku yakin......Allah takkan turunkan kesakitan diluar ketahanan diri seseorang itu. Alhamdulillah. So far, aku masih mampu bertahan. Dan......aku juga berharap semoga kata-kata akak tu adalah benar.

Tepat jam 11 malam. Aku diminta oleh jururawat untuk menelan sebiji pil antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman pada rahim aku. Tetiba je aku teringat akan air selusuh yang dibekalkan oleh ibu aku buat aku. Katanya untuk membantu mempercepatkan lagi bukaan rahim dan melancarkan proses persalinan. Apa-apa pun, bagi aku itu adalah suatu ikhtiar. Aku meneguk air tersebut 1 per 4 daripada air yang dibekalkan. Sejam lepas tu, aku rasa seolah-olah kepala bayi seperti sudah berada di pangkal rahim aku. Kerana risau dan hairan, aku berjalan pergi menemui doktor yang bertugas pada malam itu. Segala rasa sakit yang aku rasai tadi serta merta hilang. Bila aku maklumkan kepada doktor tentang apa yang aku rasa, dia menganggap aku bergurau dan mengarahkan aku ke bilik pemeriksaan. Hampir 30 minit aku tunggu, barulah doktor tu muncul. Belum sampai seminit jarinya memeriksa bukaan rahim aku, tiba-tiba doktor tu melompat dengan wajah terkejut. Terus sahaja dia memanggil salah seorang jururawat yang berdekatan dari bilik pemeriksaan tersebut dan memintanya membawa aku ke dewan bersalin. Katanya rahim aku dah terbuka sebanyak 9 cm. "Akak jangan teran dulu ye. Tunggu sampai ke dewan bersalin". Aku tertanya-tanya dalam hati. "Jangan teran dulu? Aku tak rasa nak teran pun". Dengan wajah yang ceria aku ditolak masuk ke dewan bersalin menggunakan kerusi roda.

Azizi.............mama akan terima diriMu seadanya..........

No comments:

Post a Comment